Noora Suhaa Collection - Islamic Fashion

Tahniah (belated) kepada Norasiah (Ila - Dip Qta 89/92) kerana telah mula melancarkan laman web beliau, www.noorasuhaa.com sebelum bulan puasa yang lalu.

Produk-produk keluaran syarikat beliau menggunakan label Nurin Izz Apparel, Nurin Izz & Al Luqman. Di sini anda boleh mendapatkan berbagai produk dengan rekaan terkini, berkualiti dengan harga yang setimpal. Pelanggan individu dialu-alukan. Bagi yang ingin mendapatkan produk untuk perniagaan juga amatlah digalakkan kerana harga yang terbaik menanti anda.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi reseller/dealar sila emailkan sebarang pertanyaan anda ke norasiah@noorasuhaa.com atau hubungi beliau di talian 012-7197403. Dan kepada pelanggan individu setiap pertanyaan anda sila salurkan ke sales_admin@noorasuhaa.com ataupun boleh hubungi beliau ditalian 012-7197403. Peluang sebagai reseller adalah terhad...siapa cepat dia dapat....

TRAC(Training Retreat & Agrotech Centre)

Tahniah diucapkan kepada saudara Radzi Alias (Dip Tani 89/92), yang merupakan usahawan lanskap hotel, nursery dan restoran thai di Langkawi dan Sg Buluh, Selangor. Projek beliau yang terbaru, adalah membuka TRAC (Training Retreat & Agrotech Centre) di Langkawi.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah :
1) Menternak dan menjual baka ikan talapia dan keli
2) Menternak dan membekal ikan talapia dan keli segar
3) Membekal keli siap proses
4) Membekal daging lembu untuk pasaran
5) Menjual proses tinja kambing
6) Memberi khidmat nasihat perternakan dan sistem pengurusan
7) Menyediakan latihan ternakan
8) Mengedar jentera pertanian seperti mesin chopper
9) Pembekal garam bukit,EM,baja, bokashi animal feed, bokashi sampah, molases,benih rumput napier taiwan dan guatemala grass

Untuk perkembangan lanjut, sila lawat laman http://traclangkawi.ning.com/