Perjalanan sepanjang lawatan berjalan lancar dengan pihak UPMKB sanggup menaja kediaman di kolej, jamuan sepanjang aktiviti lawatan dan pengangkutan kami di dalam dan luar kampus.
Pada hari pertama, 1/5/2009, di malam hari, Sesi Suaikenal telah dijalankan di Dewan Taklimat
Pada hari kedua, 2/5/2009, Sesi Penerangan Universiti telah diadakan di Bilik Ruai Seri Meranti
Bangunan Pentadbiran selepas Jamuan Pagi. Pembentangan telah dibuat oleh Encik Noor Hakim Ahmad, Penolong Pendaftar Bahagian Akademik. Antara intipati pembentangan adalah struktur organisasi, aktiviti sedia ada dan perancangan masa depan. Selepas pembentangan, sesi diteruskan dengan dialog.
Seterusnya, lawatan secara berjalan kaki dimulakan dari Bangunan Pentadbiran melalui Dewan Kuliah , Perpustakaan dan tamat di Taman Rusa. Di sana, kami di beri peluang memasuki Taman berpagar itu dan membelai serta bergambar dengan rusa yang ada. Perjalanan
seterusnya, disambung dengan menaiki bas UPMKB ke Taman Orkid dan Pusat Penetasan Ikan. Di sana, kami sempat melihat pelajar menjala ikan tilapia yang telah matang untuk dijual. Saudara Yusaini Ali sempat membeli beberapa ekor untuk jamuan tengahari di rumahnya. Lawatan kampus berakhir di tapak semaian.
Seterusnya, lawatan dibuat ke Perusahaan Belacan dan Kek Lapis yang juga berada di Kg Baru.
Perjalanan kami tamat pada pukul 5 petang. Setelah beristirehat di kolej,
Sesi tamat pada 10.30 malam dengan acara sesi bergambar. Kami kemudian meneruskan dengan pertemuan tertutup yang dipengerusi oleh Saudara Alias Sogok untuk membincangkan hasil dari dialog dan telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa penaja bagi membentuk Persatuan Bekas Pelajar UPMKB. Sesi ini tamat pada pukul 11.20 malam.
Alhamdulillah, lawatan ini telah membuka mata kepada kedua-dua belah pihak bekas pelajar dan pengurusan. Secara keseluruhan, lawatan kami menjangkau lebih dari objektif dan matlamat yang ingin dicapai :
- Mengimbau nostalgia lama.
- Mendengar penerangan perkembangan semasa UPMKB.
- Berdialog dengan pengurusan UPMKB yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Dekan HEP.
- Memberi motivasi kepada pelajar.
- Menubuhkan Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar UPMKB.
Alhamdulillah, lawatan ini telah membuka mata kepada kedua-dua belah pihak bekas pelajar dan pengurusan. Secara keseluruhan, lawatan kami menjangkau lebih dari objektif dan matlamat yang ingin dicapai :
- Mengimbau nostalgia lama.
- Mendengar penerangan perkembangan semasa UPMKB.
- Berdialog dengan pengurusan UPMKB yang diketuai oleh Pemangku Timbalan Dekan HEP.
- Memberi motivasi kepada pelajar.
- Menubuhkan Jawatankuasa Penaja Persatuan Bekas Pelajar UPMKB.
Semoga lawatan ini akan menjadi pemula untuk kita bersama-sama merapatkan silaturrahim, berkerjasama dalam satu rangkaian dan memartabatkan kembali nama UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK.
YAHOOGROUP XUPMBINTULU
Kumpulan ini diasaskan oleh Saudara Zaifulsham Ahmad Zakaria Dip. Perniagaantani 1988/92 dengan harapan untuk mengumpulkan kembali kenalan yang masih dalam rangkaian hubungan. Penyertaan terbuka kepada semua bekas pelajar UPMKB dan sebagai media komunikasi, pada Mac 2006, Yahoogroup XUPMBINTULU dilancarkan. Penerimaan amat memberangsangkan dengan lebih 100 ahli yang mempunyai email telah mendaftar setakat kini, tidak termasuk bekas pelajar yang masih berhubung melalui sms. Aktiviti pertama yang telah dijalankan dua bulan selepas itu, pada Mei, adalah majlis REUNION di Melaka dan ianya telah dihadiri lebih 200 peserta bersama keluarga masing-masing.
* Lihat Galeri Bergambar untuk photo aktiviti